Sunday, May 31, 2009

Mungkin

Sesuatu perkara yang terjadi mungkin mempunyai sebab, dan mungkin tidak.

Kadang-kadang, hati dan perasaan menjadi mainan hidup. Setiap manusia mempunyai perasaan sayang terhadap sesuatu perkara. Sayang, adakah hanya sementara ataupun untuk selama-lamanya? Alangkah indahnya jika hati dan perasaan tidak mampu untuk membenci sesuatu. Namun, ia masih terjadi dan kita hanya mampu untuk mengikutnya. Cinta dan sayang kepada Allah adalah cinta yang sejati dan berkekalan.

Kebenaran itu pahit untuk ditelan, dan apa yang kita harapkan tidak semestinya akan kita dapat. Apekah yang mampu anda lakukan bagi mengubah diri anda? Anda tidak akan mampu selagi kecekalan dan ketabahan tidak diiringi sekali dengan niat.

Mungkin, hidup tidak selalunya indah. Namun, tidak salah untuk mencuba untuk menikmati kehidupan yang hanya kita kecapi untuk sekali sahaja didalam hayat ini.

Saturday, May 30, 2009

FF

The TRUTH is here. It’s just, UNJUST.

How do we deal with feelings and loves? Are they really exist? Since when?
Did the hatred bury within us? Can we resist it? Tell me!!

I never felt that love is truly evolved in one’s relation. It’s only the medium to express our feeling. I am not being chauvinistic, but I can see nobody is care about feelings anymore!

I hate liars! I hate hypocrite people! I hate double-faces person! I hate all of them!
The severe consequence is to me as I am the hatred cyst!

OMG! I just realized that honesty is the best policy! Duh~ is it? I didn’t see any in the real life. What are they made of? Cheating and flirting? Oh my! That was rubbish!

I’m just being myself. Not more and not less. I am what I am. Those people who hate me so much, I don’t mind. You have the rights to do so, and I don’t give a damn! I live with my own and swap your ass because sometimes, you need to move on to see who you are.

Sometimes, the TRUTH is a lie.

Friday, May 1, 2009

Coretan di kala Busan

sekarang jam menunjukkan pukul 1.23 pagi. aku masih lagi berjaga. bukanlah perkara pelik pabila aku berjaga sehingga waktu begini. aku bosan. mata sudah agak ngantuk, namun aku tetap ingin menulis sesuatu didalam blog ku ini. sudah lama rasenyer tidak di update yer. mendengarkan lagu 'unstoppable' oleh kat deluna, perasaan ngantukku semakin hilang kerana lagu ini sungguh catchy. namun, aku akan tidur juga nnt.

sepanjang hari ini, aku memikirkan tentang banyak perkara. ouh, berkenaan kereta, tmpt lahirku, ceramah solat jumaat td n mcm2 lagi. terlalu byk untuk diperkatakan. apekah yang merunsingkan aku? ya! keputusan peperiksaan yang telah aku hadapi. ya Allah! bantulah aku. aku dah berusaha sedaya upaya, namun, hasilnya tidak memberansangkan. semester ini boleh dikatakan agak buzeh yer. ape buzeh itu? ouh! samela dgn makne sengal yer. aku risau dan aku redha.

melihat koleksi perfumeku, aku terleka sekejap. agak banyak dan apabila dikira-kira, jumlahnyer melebihi seribu ringgit. apekah motif aku menghabiskan duit hanya pada wangian2 ini? ini adalah minat dan juga nafsu. nafsu yer! sangat jahat! namun, aku puas hati. tujuan seterusnya adalah menukar handphone. yang pasti, duit aku akan banyak digunakan apabila handphone baru dibeli. aku bukanlah jenis yang mudah puas dgn apa yang aku ada, akan ade bnde2 lain yang akan menyusul. namun, aku tidaklah boros. aku cuba juga untuk menyimpan memandangkan ekonomi sekarang semakin merosot. ouh! aku terlupa, aku masih ada lagi simpanan! yahoo!

upm ialah tmpt belajar aku yg akan datang. tidaklah diketahui betapa hebatnye kolej kediamanku nnt. harapnya, tiada lah anasir jahat yang akan mengganggu. aku kuat. aku lemah. apekah? masih lagi teringat akan masa orientasi di kala mendaftar buat pertama kalinya. teruk! itulah yang sesuai untuk diberikan kepada fasi2 yang buzeh(sila refer diatas maksud word ini). ouh! aku malas hendak belajar. aku nak duit, aku nak kaya. wah! igt ade teko jin? kalau ade, semestinya manusia akan menjadi malas seperti lembu.(kesian lembu jugak yg kene)

aku sakit leher sekarang, terlalu tekun menulis entry ini. cewah! amboi, salah ke aku nak berkawan dgn sape2? manusia semakin bongkak dan riyak. aku masih tergolong diantara golongan2 yang aku sebutkan sendiri. kenapa? sbb aku ni berlagak. kawan2, ye ke aku berlagak? *sigh*

cukuplah luahan aku buat malam+pagi ini. dengan tiba-tiba, aku terasa ngantuk dan mahu tidur. mungkin kerana keletihan dan kedinginan air-cond yang dipasang pada suhu 16 darjah celcius. (gilo ke?) aku seperti di kutub selatan. sejuk!

akan bersambung pada hari esok. salam. beredar.