Tuesday, June 23, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia?
(I will use Bahasa Melayu instead of Bahasa Malaysia as "Takkan Melayu Hilang di dunia")

Tujuan saya menulis post pada kali ini adalah bertujuan untuk memertabatkan penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia seiring dengan saya yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dengan tertimbulnya isu berkenaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), maka, tugas sebagai seorang guru semakin berat dan semakin mencabar. Rasionalnya, kenapa kerajaan tidak memilih untuk memilih bahasa lain sebagai bahasa rasmi didalam pengajaran Sains dan Matematik? Anehnya, kenapa masyarakat masih memikirkan bahawa jika belajar Bahasa Inggeris, maka secara automatiknya anak-anak mereka akan terikut sama dengan budaya Inggeris? Sebagai seorang yang masih mentah untuk membicarakan soalan tersebut, saya hanya mampu untuk memberikan analogi yang mudah untuk difahami: "Ianya seperti menanam sebatang pokok...setahun-dua sibuk membaja...lama-lama berbuah jua...". Mari renungkan bersama.


"Takkan Melayu Hilang di dunia"

Jika difikirkan bersama, adakah bahasa menjadi penghalang untuk anda maju didalam hidup anda? Jika dilihat, adakah anak-anak Malaysia sering menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian. Mungkin ada yang menjadikan English sebagai bahasa pengantar, namun hanya sebilangan sahaja. Saya masih tertanya-tanya, kenapakah jika kita mahu berfikiran sedikit liberal, kita sudah dilabel macam-macam. Apekah rasionalnya? PPSMI adalah peluang kepada anak-anak Malaysia untuk belajar bagaimana hendak berkomunikasi sebagai seorang yang berlabelkan international kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan yang difahami di dunia. Lagipun, inilah masanya mereka hendak menambahkan ilmu didada, di alam persekolahan.

Istilah-istilah Sains sememangnya berbunyi pelik dan sukar untuk difahami apabila ditranslate ke dalam Bahasa Melayu. Apabila pelajar tidak faham akan apa yang di ajar didalam Bahasa Inggeris, maka tugas guru adalah untuk menerangkan kepada pelajar tersebut didalam Bahasa Melayu. Disitu terdapat kesinambungan di mana kita masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kan itu lebih baik? Cuba bayangkan apabila anak-anak yang masih muda tidak mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan apabila mereka masuk ke alam yang lebih mencabar dimana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar sepenuhnya, mereka akan tertinggal jauh di belakang. Bagi mereka yang tidak memahami bagaimanakah susahnya menjadi seorang pelajar, mereka akan mengatakan bahawa PPSMI ini adalah membuang masa dan tidak sesuai untuk sistem pembelajaran Malaysia.

Sebenarnya, isu ini tidak lah seserius yang disangkakan, namun, ia telah diperbesar-besarkan. Kita masih mempunyai akal yang waras dan minda yang sihat. Kerajaan tidak akan membuat sesuatu yang dirasakan tidak ada kepentingan pada masa hadapan. Sebagai seorang bakal guru Bahasa Inggeris, saya merasakan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris adalah penting pada masa hadapan kerana ia adalah salah satu kemahiran jika anda mahu menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan. Bukanlah maksudnya jika kita menggunakan Bahasa Melayu kita akan mundur, namun ilmu yang baru itu lebih baik untuk dikongsi bersama.

Masih banyak lagi topik-topik dan rasionalnya di sebalik PPSMI ini. Namun, ini hanyalah sekadar kesedaran yang saya rasakan patut untuk dikongsi bersama.

(Why did I write this post using Bahasa Melayu instead of English? It's kind of ironic as I were telling people on how important English is, while I'm using Malay language? Well, it's just my idea on how to ease people to understand as my English is still not a flare English. People sometimes can be iffy, but not me.)

As what Muhammad Haji Salleh said:
"Should I lick the hand that strangle my culture and my language?"

4 comments:

  1. hehe~
    time ni la nek apply muhammad hj salleh 2 nyer quote??

    ReplyDelete
  2. WOI!!!GILE SKEMA BORANG!!!
    Itu sahaja yang mampu saya katakan selepas membaca entri ini.
    Keh3

    ReplyDelete
  3. aya, sila lah berbahasa skema borang jua apabila memberikan komen~~ *matila*

    muakakakakaka!! :P

    ReplyDelete