Sesuatu perkara yang terjadi mungkin mempunyai sebab, dan mungkin tidak.
Kadang-kadang, hati dan perasaan menjadi mainan hidup. Setiap manusia mempunyai perasaan sayang terhadap sesuatu perkara. Sayang, adakah hanya sementara ataupun untuk selama-lamanya? Alangkah indahnya jika hati dan perasaan tidak mampu untuk membenci sesuatu. Namun, ia masih terjadi dan kita hanya mampu untuk mengikutnya. Cinta dan sayang kepada Allah adalah cinta yang sejati dan berkekalan.
Kebenaran itu pahit untuk ditelan, dan apa yang kita harapkan tidak semestinya akan kita dapat. Apekah yang mampu anda lakukan bagi mengubah diri anda? Anda tidak akan mampu selagi kecekalan dan ketabahan tidak diiringi sekali dengan niat.
Mungkin, hidup tidak selalunya indah. Namun, tidak salah untuk mencuba untuk menikmati kehidupan yang hanya kita kecapi untuk sekali sahaja didalam hayat ini.
betul tu... sometimes it is hard to find someone yg sayang kita sama byk kita sayang die.. but as manusia biasa.. juz terima apa yg dah ditakdirkn.. =) for me.. there is no time to regret coz the world was moving so fast.. =) juz accept and enjoy.. hehehe
ReplyDeletebetul tu..kite terima je ketentuanNYA kan? hidup la happy2 selagi masih boleh..hehe =)
ReplyDelete